Monday, November 11, 2013

Berkenalan dan terus ajak kahwin

'Amboi..gatainya...'
'Gelojoh la dia nih...'
'Betul ke? Ke dia nk ambik kesempatan nih..?'
'Takkan cepat sgt kot..?'

Sudah menjadi lumrah manusia akan bertanya macam2 hal pd sesuatu yg sedang dialaminya mahupun org2 disekelingannya. Pelbagai alasan di atas persoalan tersebut..yg baik ada..yg tak baik pun lagi byk kadang2.

Memang tak salah jika kita berwaspada sebelum keputusan di ambil. Bak kata org tua2..'kalo nasi dah jd bubur nak buat apa'. Memang betul kan.. jika kita renung..memang benar kata2 tersebut..dan jom kita kaitkan dari segi Islamiah.

Bila kita terdampar dlm dilema spt ini..apa kata kita cuba ambil tindakan positif dulu.. Kita jgn tolak rezeki ni dulu(dpt kawen cepet)..hehe. Kita renungkan dan timbang2kan sikap pasangan kita tu. Memang baru kenal..tapi dlm tempoh  perkenalan itu..x kiralah seminggu ke  sebulan ke..setahun ke..bagaimanakah komitmennya pd kita? Cara pemikirannya? Gaya hidupnya? Impiannya? Alasannya? Latar belakangnya? Dan apa yg kita rasa penting yg perlu ada pd pasangan hidup kita yg kita damba2kn sgt tuh..hehe.

Haa..bila kita dah kaji2..tgk la..(kalo blh senaraikan aje..jgn malu2)..apa keputusannya.. Banyak yg kita suka dan bawa kebaikan pd kita atau sebaliknya. Kalo byk yg positif alhamdulillah..blh la ke next step dgn mudah..hehe. Kalo byk negatif..jgn putus asa..mohon dari si dia untuk beri masa dan ruang bagi kita kaji lagi..jgn tensyen2..dan jgn bg harapan lbh2 dulu k..

Bagi kedua2 jawapan..sama ada  btk positif atau negatif..follow je next step ni. Ia akan lebih bermanfaat sebenarnya walaupun kdg kala kita malas utk gunakannya..anggap ia remeh..atau dah anggap si dialah segala2nya.. No..No..No..kalau nak selamat dan lebih keyakinan silalah ruangkan masa jg utk melakukannya. Apa dia ni?

Solat Istiqarah adalah jawapannya!
Tentu semua atau ramai yg tahu fungsinya..kan. Yaa..utk memohon petunjuk..dorongan..ke arah manakah perhubungan kita ini.. Adakah baik utk kita..atau sebaliknya. Selain kita..boleh juga mohon org yg rapat dgn kita sebaiknya ibubapa kita..

Cara2 utk solat istiqarah macam ni:


A.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Begitulah caranya..moga niat baik kita akan pendapat petunjuk dari Allah swt. Ratna jg ada mendengar seorang ustaz berkata..jika kita terus lena di tikar sejadah slps solat tersebut hingga ke pagi..petunjuk itu mudah untuk kita dpt.

Sunday, November 10, 2013

Salam Ukhwah

As salam.
Ini merupakan post pertama Ratna yang telah lama diimpikan. Alhamdulillah hari ini Ratna berjaya post. In shaa Allah Ratna akan berkongsi pendapat..pengalaman..dan apa sahaja yang dapat kita gunakan bersama.
Moga dengan bermulanya penghijrahan Ratna ini akan membawa kebaikan dan dapat membantu sesama kita dalam meniti hari mendekati Allah swt.
Memang secara tidak dirancang..sempena bulan baik ini..tanggal 7 Muharram 1435H, Ratna terbuka hari secara tiba-tiba..mengupdated prolife dan memulakan post pertama ini..Alhamdulillah.
Salam perkenalan..